Ahad, 7 Disember 2008

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

Sempena sambutan ke 25 tahun PASTI, PASTI Pusat sedang mengadakan pertandingan mencipta logo. Butiran adalah seperti berikut:-
1. Tema - Memaparkan peranan PASTI Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan pra sekolah.
2. Spesifikasi:
- Saiz 6 inci x 6 inci menggunakan aplikasi komputer, disimpan dalam soft copy,hard copy hendaklah pada kertas A4 dan ditampal pada mounting board berwarna hitam.
- Setiap logo disertakan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia.
- Warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna koprat PASTI Malaysia
- Logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur sensitif perkauman, budaya dan agama.

3. Syarat Penyertaan
- Semua warganegara malaysia
- penyertaan hendaklah sampai pada atau sebelum 31 Disember 2008
- Penyertaan tidak lebih 3 logo.

hadiah utama wang tunai RM500.00 dan sijil penghargaan...hubungi PASTI Malaysia di pasti_pusat@yahoo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.