Selasa, 30 Disember 2008

BERITA TERKINI PASTI MALAYSIA

Berita-berita terkini PASTI Pusat kini banyak tertumpu di blog http://pastipusat.wordpress.com . Semoga pengunjung akan berpuashati.. Salam Maal Hijrah 1430H..

Selasa, 23 Disember 2008

BENGKEL PLAN STRATEGIK 2009

Bengkel Plan Strategik PASTI Pusat diadakan mulai 23hb hingga 25 Disember 2008 bertempat di Ipoh. Bengkel ini diadakan untuk merancang program tahun 2009 yang akan dihadiri Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah unit dan semua Pengarah Negeri.

Ahad, 21 Disember 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Perak 2008



Majlis Anugeran Kecemerlangan ini diadakan di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah,Tg Rambutan telah dirasmikan oleh isteri YAB Menteri Besar Perak,Datin Seri Hajjah Fatimah Taat bermula jam 10.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah PASTI Perak, Ucapan dari Wakil Pemuda PAS Perak dan seterusnya ucapan Datin Seri Hajjah Fatimah Taat.
Selepas ucapan diadakan pula persembahan oleh pelajar iaitu Hafazan, Bercerita dan Nasyid yang merupakan Johan peringkat PASTI Malaysia.
Penyampaian sjil kepada Peserta Kursus Asas Pra Perguruan(KAPP), Terbaik Pengurusan MGP Kawasan,Terbaik 3K Pasti,Pelajar Terbaik 5 Tahun dan 6 Tahun..TAHNIAH dan Terima Kasih

Khamis, 18 Disember 2008

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI KOPASTI PERAK

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Tunas Islam Negeri Perak akan diadakan di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah, Tg Rambutan jam 2.00 petang. Semua Pengerusi Kawasan dan guru PASTI diwajibkan hadir..

HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI PERAK

Majlis akan diadakan pada 20 Disember di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah,T Rambutan. Rujuk http://pastiperak.blogspot.com .Terima kasih..

KURSUS ASAS PRA PERGURUAN PERAK

Kursus KAPP ini diadakan di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah, Tg Rambutan. Rujuk http://pastiperak.blospot.com

Isnin, 15 Disember 2008

KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI (KAPP)2008







Minggu ini akan bermula kursus Asas Perguruan Pasti (KAPP) bagi seluruh Malaysia,yang terawal ialah PASTI Sabah.Beberapa negeri akan menyusul minggu ini antaranya ialah Perak dan Melaka. Selamat Berkursus semoga KAPP yang terkini ini akan menjadi medan guru-guru meningkatkan pengetahuan tentang Pengajaran dan Pembelajaran...

KURSUS PERGURUAN PASTI SABAH 2008





















Alhamdulilah mulai 12-14 Disember 2008 telah diadakan kursus Perguruan PASTI Sabah yang diadakan di Dewan Masjid Al-Khauthar,Tawau. Seramai 63 orang guru dari seluruh Sabah hadir.
Kursus dijalankan oleh Timbalan Ketua Pengarah PASTI Pusat iaitu Sdr Hashan Aladi dari unit Latihan dan , Sdr Abdul Kadir dari Unit Pengurusan, Pengarah ICT Sdr Shahori dan Timbalan Pengarah Latihan sdr Jaafar.

Rabu, 10 Disember 2008

Mesyuarat Unit Pengurusan


Mesyuarat telah dijalankan di Pejabat PASTI Pusat dari jam 3.00 - 5.00 petang dihadiri Seorang Timbalan Pengarah iaitu Sdr Abdul Kadir dan 3 orang Jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Unit Kebajikan,Pn Sarmila, Timbalan Unit Penaziran,Sdr Reduan dan Ketua Unit ICT,Sdr Shahori bagi membincangkan program untuk tahun 2009.

Mudah-mudahan program 2009 dapat dilaksanakan dengan lancar..Amin

Ahad, 7 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA


Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha 1429H, semoga diberkati ALLAH.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

Sempena sambutan ke 25 tahun PASTI, PASTI Pusat sedang mengadakan pertandingan mencipta logo. Butiran adalah seperti berikut:-
1. Tema - Memaparkan peranan PASTI Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan pra sekolah.
2. Spesifikasi:
- Saiz 6 inci x 6 inci menggunakan aplikasi komputer, disimpan dalam soft copy,hard copy hendaklah pada kertas A4 dan ditampal pada mounting board berwarna hitam.
- Setiap logo disertakan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia.
- Warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna koprat PASTI Malaysia
- Logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur sensitif perkauman, budaya dan agama.

3. Syarat Penyertaan
- Semua warganegara malaysia
- penyertaan hendaklah sampai pada atau sebelum 31 Disember 2008
- Penyertaan tidak lebih 3 logo.

hadiah utama wang tunai RM500.00 dan sijil penghargaan...hubungi PASTI Malaysia di pasti_pusat@yahoo.com.my

Jumaat, 5 Disember 2008

PENDAFTARAN PASTI 2009

Pendaftaran dibuka disemua PASTI di Negeri masing-masing, sila hubungi PASTI yang terdekat.Tempat adalah terhad.....Sebarang kemusykilan hubungi pasti_pusat@yahoo.com.my

Kursus IT Bukit Gantang 2008

Guru mendengar dengan teliti
Perkakasan Penceramah

Pengerusi Kawasan Berucap

Satu kursus komputer di Markaz PAS Changkat Ibol,Bukit Gantang,Perak telah diadakan pada 05 Disember 2008 bermula jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang.
Kursus telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruh jaya PAS Kawasan Bukit Gantang Usta Zulkifli Ahmad.Seramai 22 orang guru PASTI Kawasan Bukit Gantang telah menyertainya.Tahniah berjaya mengikuti kursus hingga akhir.