Sabtu, 27 September 2008

PENDAFTARAN PASTI 2009


Pendaftaran dibuka kepada ibubapa/penjaga untuk mendaftarkan anak-anak bagi kemasukan sesi 2009. Sila berhubung terus dengan Pasti berhampiran. Umur kemasukan 4, 5 dan 6 tahun. Tempat adalah terhad..

Link ke Database Pasti Pusat

Tuan/puan boleh ke http://mypasti.com. Untuk melihat dalaman boleh gunakan login ID user dan paswd user, Tarikh akhir pengisian untuk semua Pengerusi/Setiausaha Kawasan ialah 01 November 2008. Terima kasih.

Jumaat, 26 September 2008

Majlis Sumbangan Guru Pasti Perak 26/09/2008






Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada guru² PASTI seluruh Perak sebentar tadi. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Perak itu telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK Perak. Turut hadir ialah anggota EXCO kerajaan negeri. Dalam ucapannya dihadapan 331 orang guru itu, Haji Nizar telah mengucapkan tahniah kepada para guru kerana memberi komitmen yang amat tinggi dalm mendidik generasi awal ini walaupun ada yang hanya dibayar elaunnya kurang dari RM100. Beliau mengharapkan agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat menggembirakan para guru tersebut. Dalam pada itu, Pengarah PASTI Perak, sdr. Hashan Aladi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Ini telah membuktikan bahawa penat lelah guru dalam mendidik anak murid ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Situasi yang lain pula jelas membayangkan kepuasan pada wajah-wajah guru PASTI terbabit. Sambil tersenyum lebar, mereka mengucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri. Majlis bersurai pada jam 04.30 petang. (Sumbangan pastiperak.blogspot.com)

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1429 HIJRAH

Bermula hari ini (26/9)/esok(27/9) hingga (06/10)/(07/10) PASTI akan bercuti. PASTI Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
Berhati-hati dijalan raya.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

1. 5 TAHUN
- 13 OKTOBER - BAHASA MELAYU DAN BAHASA ARAB
- 14 OKTOBER - BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK
- 15 OKTOBER - PEND. SOSIAL & PEMBANGUNAN SOSIAL DAN JAWI
- 16 OKTOBER - AL-QURAN

2. 6 TAHUN
- 13 OKTOBER - BAHASA MELAYU DAN BAHASA ARAB
- 14 OKTOBER - BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK
- 15 OKTOBER - PEND. SOSIAL & PBGN SOSIAL DAN JAWI
- 16 OKTOBER - AL-QURAN DAN PERIBADI MUSLIM

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN....

Ahad, 21 September 2008

Taklimat Database Negeri Johor



Taklimat diadakan mulai jam 10.00 pagi , 21 September 2008 di Pejabat Pasti Negeri Johor, Simpang Renggam, hampir keseluruhan Pengurus Kawasan, S/Usaha hadir untuk taklimat tersebut.

Taklimat Database Negeri Melaka




Taklimat dijalankan mulai jam 3.00 Petang,20 September 2008 di Markas PAS Melaka.Semua Pengurus Kawasan hadir. Wakil MGP dan beberapa guru juga hadir.

Taklimat Database Negeri Sembilan






Program Penerangan Pengisian Data kepada Pengurus Kawasan Negeri Sembilan telah diadakan pada 20 September 2008 bermula jam 9.00 pagi.

Sabtu, 13 September 2008

KURSUS PENGISIAN DATABASE ZON UTARA



Alhamdulilah kursus kepada Pengarah Pasti Kawasan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah diadakan di Markaz Pas Kedah, pada 13 September 2008 bermula jam 10.00 pagi. Wakil Perlis tiada yang hadhir.

Kursus ini diadakan bagi mengisi database Pasti Pusat yang telah disiapkan oleh unit ICT.

Kursus selanjutnya akan diadakan pada minggu seterusnya.. Diharap Pengarah Pasti Kawasan dapat mengisi data-data sebelum 01 November 2008.

Ahad, 7 September 2008

TAKZIAH.

Pasti Perak kehilangan seorang guru iaitu Ustazah Asmah dari Bagan Serai pada hari Jumaat 5 September 2008.Beliau disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 5.00 petang. AlFatihah...

NUZUL AL-QUR'AN 1429H

Nuzul Qur'an jatuh pada 17 September ini, MGP akan mengadakan majlis Nuzul Qur'an peringkat kebangsaan diseluruh Negara mulai jam 10.00 pagi. Semua guru diwajibkan hadir. Program akan berjalan di negeri masing-masing.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

Peperiksaan akan diadakan mulai 13 - 16 Oktober 2008.Jadual akan diedarkan oleh unit masing-masing.Kertas soalan akan dicetak oleh Negeri masing-masing.

Pelajar 5 Tahun , 7 mata pelajaran, 6 Tahun ,8 mata pelajaran.

Diharap guru dan pelajar bersedia..... Hantar laporan Analisis peperiksaan dan Nama Pelajar Terbaik Negeri 5 Tahun dan 6 Tahun sebelum 30 November 2008.

IHTIFAL PUSAT 2008

Program Ihtifal bakat pelajar PASTI peringkat Pasti Pusat akan dijalankan pada 31 Oktober dan 01 November 2008 yang akan diadakan di negeri Kedah sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
Setiap negeri akan menghantar 19 pelajar untuk mengambil bahagian dalam setiap acara antaranya ialah Nasyid, Aan, pidato dan sebagainya..
Semoga bertemu di Kedah...

Mesyuarat ALP Sept 2008

Mesyuarat telah dijalankan di Bangunan Pasti Pusat mulai jam 2.00 petang 06 September 2008 dan berakhir jam 7.00 petang. Hampir semua ALP dan Pengarah Pasti Negeri hadir termasuk Pengarah Pasti Sabah.
Berita selanjutnya akan menyusul beserta gambar..