Jumaat, 26 September 2008

Majlis Sumbangan Guru Pasti Perak 26/09/2008






Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada guru² PASTI seluruh Perak sebentar tadi. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Perak itu telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK Perak. Turut hadir ialah anggota EXCO kerajaan negeri. Dalam ucapannya dihadapan 331 orang guru itu, Haji Nizar telah mengucapkan tahniah kepada para guru kerana memberi komitmen yang amat tinggi dalm mendidik generasi awal ini walaupun ada yang hanya dibayar elaunnya kurang dari RM100. Beliau mengharapkan agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat menggembirakan para guru tersebut. Dalam pada itu, Pengarah PASTI Perak, sdr. Hashan Aladi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Ini telah membuktikan bahawa penat lelah guru dalam mendidik anak murid ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Situasi yang lain pula jelas membayangkan kepuasan pada wajah-wajah guru PASTI terbabit. Sambil tersenyum lebar, mereka mengucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri. Majlis bersurai pada jam 04.30 petang. (Sumbangan pastiperak.blogspot.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.