Selasa, 30 Disember 2008

BERITA TERKINI PASTI MALAYSIA

Berita-berita terkini PASTI Pusat kini banyak tertumpu di blog http://pastipusat.wordpress.com . Semoga pengunjung akan berpuashati.. Salam Maal Hijrah 1430H..

Selasa, 23 Disember 2008

BENGKEL PLAN STRATEGIK 2009

Bengkel Plan Strategik PASTI Pusat diadakan mulai 23hb hingga 25 Disember 2008 bertempat di Ipoh. Bengkel ini diadakan untuk merancang program tahun 2009 yang akan dihadiri Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah unit dan semua Pengarah Negeri.

Ahad, 21 Disember 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Perak 2008



Majlis Anugeran Kecemerlangan ini diadakan di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah,Tg Rambutan telah dirasmikan oleh isteri YAB Menteri Besar Perak,Datin Seri Hajjah Fatimah Taat bermula jam 10.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah PASTI Perak, Ucapan dari Wakil Pemuda PAS Perak dan seterusnya ucapan Datin Seri Hajjah Fatimah Taat.
Selepas ucapan diadakan pula persembahan oleh pelajar iaitu Hafazan, Bercerita dan Nasyid yang merupakan Johan peringkat PASTI Malaysia.
Penyampaian sjil kepada Peserta Kursus Asas Pra Perguruan(KAPP), Terbaik Pengurusan MGP Kawasan,Terbaik 3K Pasti,Pelajar Terbaik 5 Tahun dan 6 Tahun..TAHNIAH dan Terima Kasih

Khamis, 18 Disember 2008

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI KOPASTI PERAK

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Tunas Islam Negeri Perak akan diadakan di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah, Tg Rambutan jam 2.00 petang. Semua Pengerusi Kawasan dan guru PASTI diwajibkan hadir..

HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI PERAK

Majlis akan diadakan pada 20 Disember di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah,T Rambutan. Rujuk http://pastiperak.blogspot.com .Terima kasih..

KURSUS ASAS PRA PERGURUAN PERAK

Kursus KAPP ini diadakan di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah, Tg Rambutan. Rujuk http://pastiperak.blospot.com

Isnin, 15 Disember 2008

KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI (KAPP)2008







Minggu ini akan bermula kursus Asas Perguruan Pasti (KAPP) bagi seluruh Malaysia,yang terawal ialah PASTI Sabah.Beberapa negeri akan menyusul minggu ini antaranya ialah Perak dan Melaka. Selamat Berkursus semoga KAPP yang terkini ini akan menjadi medan guru-guru meningkatkan pengetahuan tentang Pengajaran dan Pembelajaran...