Ahad, 7 September 2008
NUZUL AL-QUR'AN 1429H
Nuzul Qur'an jatuh pada 17 September ini, MGP akan mengadakan majlis Nuzul Qur'an peringkat kebangsaan diseluruh Negara mulai jam 10.00 pagi. Semua guru diwajibkan hadir. Program akan berjalan di negeri masing-masing.
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008
Peperiksaan akan diadakan mulai 13 - 16 Oktober 2008.Jadual akan diedarkan oleh unit masing-masing.Kertas soalan akan dicetak oleh Negeri masing-masing.
Pelajar 5 Tahun , 7 mata pelajaran, 6 Tahun ,8 mata pelajaran.
Diharap guru dan pelajar bersedia..... Hantar laporan Analisis peperiksaan dan Nama Pelajar Terbaik Negeri 5 Tahun dan 6 Tahun sebelum 30 November 2008.
IHTIFAL PUSAT 2008
Program Ihtifal bakat pelajar PASTI peringkat Pasti Pusat akan dijalankan pada 31 Oktober dan 01 November 2008 yang akan diadakan di negeri Kedah sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
Setiap negeri akan menghantar 19 pelajar untuk mengambil bahagian dalam setiap acara antaranya ialah Nasyid, Aan, pidato dan sebagainya..
Semoga bertemu di Kedah...
Mesyuarat ALP Sept 2008
Mesyuarat telah dijalankan di Bangunan Pasti Pusat mulai jam 2.00 petang 06 September 2008 dan berakhir jam 7.00 petang. Hampir semua ALP dan Pengarah Pasti Negeri hadir termasuk Pengarah Pasti Sabah.
Berita selanjutnya akan menyusul beserta gambar..
Ahad, 1 Jun 2008
Konvokesyen dan hari guru Perak 2008
Majlis Konvokesyen Guru-guru Pasti Perak telah diadakan buat julung kalinya di Dewan INTIM, Perak yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak.
Pangkalan Data Pasti
Alhamdulilah Pangkalan Data Pasti Pusat hampir siap, Pengguna boleh melihat dengan menggunakan login dan pasword user untuk melihat isi kandungannya.
Penerangan kepada Setiausaha Negeri untuk mengemaskini data akan diadakan selewat-lewatnya Ogos 2008. Diharap Pangkalan data ini berguna... layarilah http://mypasti.com . Jika ada penambahan akan diberitahu kelak. Hantarkan pendapat dan komen ke shahori@mypasti.com ... Wassalam
Penerangan kepada Setiausaha Negeri untuk mengemaskini data akan diadakan selewat-lewatnya Ogos 2008. Diharap Pangkalan data ini berguna... layarilah http://mypasti.com . Jika ada penambahan akan diberitahu kelak. Hantarkan pendapat dan komen ke shahori@mypasti.com ... Wassalam
Mesyuarat Bulanan
Mesyuarat bulanan akan diadakan pada 14 Jun 2008 di Pejabat PASTI PUSAT, bermula jam 2.00 petang. Semua ALP diwajibkan hadir. Bagi Pengarah Negeri yang tidak dapat hadir, sila hantar wakil supaya segala maklumat dapat diterima dengan betul dan tepat.
Langgan:
Catatan (Atom)
